Khamis, 17 Oktober 2013

Edisi Sentap !

Views
Assalamua'laikum wbt. 
Pesanan buat ambe & sahabat2 niqabis yang solehah semua.

Maaf nak luahkan di sini, yang sudi baca silakan, yang rasa menyampah mohon diabaikan.

Anda niqabis? Jika terasa ya, mari luangkan masa untuk membaca post ini. Melalui kenakalan niqabis di media social, ada sesuatu yang ingin ana khabarkan di sini. 

Ayuh semak semula : -

1. Apakah niatmu? Adakah kamu tahu hukum hakam berkenaan dengan niqab sebelum kamu menjadikan dirimu sebagai niqabis? Adakah kamu terus memakainya atas dasar mengikut orang lain? Apakah kerana keluargamu semuanya niqabis?

2. Semak semula hijab anda, pastikan ia labuh! Pashmina atau selendang-2 yang singkat mohon jangan dijadikan ia sebagai hijab utama. Walaupun ia menutup dada namun ia tetap menonjolkan bahagian perut dan bahumu lalu menjadi perhatian kaum adam, sudah wajah tertutup mereka tidak dapat melihat wajah namun mereka terintai-2 badanmu pula.

3. Apakah yang berwarna warni di matamu? Celak seperti burung hantu, adapun yang ala-2 kpop juga banyak.

4. Kebanyakkannya gemar memakai jubbah/abaya berwarna hitam, al-hamdulillah. Namun sebatu jauh sudah dapat dilihat kerlipan serta kilauan batu bata di pakaiannya itu, mula-2 seperti lampu liplap lama-2 macam pokok krismas yang bejalan pula.

5. Memakai niqab dan hijab elakkan daripada memilih kain yang nipis. Pakaian juga sebegitu serta jangan sentuh pakaian yang menampakkan bentuk badan, pilihlah saiz yang bersesuaian. Diakui abaya yang kembang seperti payung itu memang indah apabila ia dipakai malahan sudah menjadi trend pula namun semak semula di bahagian pinggang, rata-2nya akan kelihatan ketat di situ jika berhijab labuh mungkin akan tertutup bentuk-2 sebegitu, tapi yang berhijab singkat pula? Sebaiknya mintalah ia dijahitkan lebih besar di bahagian itu.

6. Warna yang menarik perhatian, mohon dielakkan.

7. Terlalu banyak gambarmu bertaburan di media social, ada yang tertutup ada juga yang terdedah. Tidak ada rasa malukah walaupun sedikit dalam dirimu?

8. Rajin upload gambar sehingga terlepas pandang ada aurat yang terdedah di gambar-2 tersebut.

9. Nafsu untuk memuat naik gambar-2 'solehah' anda itu juga perlu dikawal, jika ia berlebihan bimbang niat tercemar. Adapun yang bermake up matanya untuk mengambil gambar, lantas ke media social juga tempatnya, adapun yang menggunakan kata-2 yang Islamic dicaptionkan lalu memuat naikkan ia juga bertaburan.

10. Atas tiket dakwah, gambar tersebut dimuat naik, lalu mengundang pujian sebegini 'calon isteri solehah, 'cantiknya', ' wanita solehah', bla, bla, bla. Semakin dipuji, semakin rancak ia memuat naik gambar-2 ala2 'solehah'nya itu. Apa yang dicari LIKES, COMMENTS dan SHARE. Bila ditegur katanya, kita tak mampu menghalang orang untuk like, komen, share. Dakwah lagikah itu?

11. Sudah tertutup, snap gambar dekat-2 sampai nampak biji mata, tambah-2 memakai celak, lagi bertambah pujian, macam biasa caption ala-2 dakwah, lalu gambar tersebut ditag kepada friends yang lain, tak cukup itu gambar pula dipublic kan lagi. Ada yang menegur di bahagian comment seperti biasa comment tersebut pasti didelete. Apa motif semua ini? Kecantikan kamukah yang ingin ditonjolkan? Jika kecantikan yang ingin ditonjolkan, mengapa pilih untuk berniqab? Sesungguhnya ini adalah perkara yang menghampiri fitnah.

12. Hentikan diri daripada mewujudkan status-2 yang berbaur provokasi dan fitnah!

13. Ada pula yang memuat naik gambar teman lelaki, kawan lelaki, tunang dll, bila orang berkata buruk tentang dirinya mulalah nak marah-2 sedangkan dirinya pencetus provokasi tersebut.

14. Jika sudah bernikah sila umumkan ia, supaya diri anda bersih daripada gossip-2.

15. Adapun yang memuat naik gambar bersama wali sendiri, dengan bercaptionkan 'saya halal menyentuh dia', 'dia peneman di kala suka dan duka', dll ia dimuat naik. Untuk apa itu? Apa salahnya jika mengata itu walimu? Susahkah? Bila fitnah dating mulalah nak tension-2.. Herrrrrr

16. Opss! Selalu-2lah prihatin akan sanggulmu itu agak tidak seperti benjolan unta unta unta

17. Sila tambahkan ilmu, jangan hanya tahu menilai itu ini.

18. Jangan didik dirimu untuk berkata bohong walaupun di media social sekalipun, ingat setiap perkara ia dikira Allah.

Semoga niqabmu bernilai GHUROBA

:: Inilah yang ana lihat di dunia internet, yang di alam realiti lagi banyak, cukuplah setakat ini post ana, lagi panjang lagi bertambah sakit hati insan yang melakukan perkara seperti di atas. Terasakah anda? Al-hamdulillah itu maksudnya masih ada iman. Tegur tanda sayang, sedih sekali melihat akhlak para niqabis sekarang. Mohon maaf. Ana bukan alim berilmu tapi saya tegur tanda prihatin, nak menentang post ini pun tidak mengapa yang penting tugas ana sudah selesai menyampaikan nasihat ini 

Thanks for reading,Comment ^^

Sabtu, 22 Jun 2013

Umum : Penyelewengan Syiah

Views

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ana nukilkan serba sedikit mengenai Syiah sebagai pencerahan. Moga ianya bermanfaat. Ana juga berharap perkara ini dapat disebarkan agar ramai yang dapat ambil peringatan, semoga Allah meredhai kita semua dan para pembaca. Allahumma Ameen.

Syiah berasal daripada Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari San’a, Yaman. Dia datang ke Madinah semasa zaman Saidina Uthman r.a. dengan berpura-pura memeluk Islam(munafik) dan berlagak alim untuk menyebarkan dakwah bahawa Ali r.a. adalah pengganti Nabi s.a.w. manakala khalifah sebelumnya merampas kuasa daripada Ali dan Ahlul Bait.

Syiah adalah golongan yang mendakwa Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad s.a.w. yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain. Golongan Syiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi serta mengkafirkan mereka terutamanya tiga khalifah al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman. 

Ringkasnya, Syiah memperkatakan sesuatu yang tidak layak serta merendahkan kedudukan Khulafa al-Rasyidin, para sahabat dan sebahagian isteri-isteri Nabi s.a.w. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah daripada golongan-golongan Islam yang lain terutamanya Ahli Sunnah Waljamaah.

Berikut adalah pegangan-pegangan Syiah yang MENYESATKAN:

1. Mereka mendakwa bahawa malaikat Jibril TERSALAH menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad sepatutnya diutus kepada Saidina Ali.

2. Ulama Syiah menghalalkan LIWAT kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan Nabi s.a.w. kepada kita dan mereka beritikad(beriman) bahawa tiada kefarduan solat Jumaat.

3. Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah MAKSUM sehingga mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut Syiah lagi, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian. Perkara ini menurut ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan golongan terdahulu dan terkemudian Syiah. Oleh sebab itu para Imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam MENGHALALKAN yang HARAM dan MENGHARAMKAN yang HALAL.

4. Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di tangan kaum Muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah juga mendakwa mereka memiliki al-Quran yang disebut sebagai “MASYAF FATIMAH” dan ia TIGA KALI ganda banyaknya daripada al –Quran yang kita miliki.

5. Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahaba. Menurut Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli al-bait atau kerabat Nabi sahaja.

6. Penganut fahaman Syiah mengamalkan TAQIYYAH atau BERPURA-PURA. Ia bermaksud melaksanakan sesuatu yang bersalahan dan berlainan daripada kepercayaaN. Sebagai contoh penganut fahaman Syiah membawa batu atau tanah Karbala dan sujud diatasnya ketika solat di masjid penganut Syiah dan menyembunyikan batu tersebut ketika solat di masjid-masjid bukan penganut Syiah.

7. Penganut fahaman Syiah mengadakan upacara perkabungan ke atas kematian Saidina Husain pada Hari Asyura, 10 Muharram dengan berdukacita meratap dan menangis kesedihan, memalu(memukul) serta menyeksa tubuh badan dengan rantai besi, benda tajam atau sebagainya.

8. Penganut fahaman Syiah mengamalkan MUTAAH yang bermaksud kahwin kontrak atau sementara. Iaitu berkahwin dengan seorang perempuan atau lebih tanpa saksi dan tanggungjawab nafkah dalam tempoh beberapa jam, semalaman, seharian atau lebih. Mereka berpendapat bahawa kahwin Mutaah adalah diharuskan dengan syarat wanita itu tidak bernikah atau bermutaah dengan sesiapa.

9. Penganut fahaman Syiah sujud diatas batu atau tanah Karbala yang dibawa oleh mereka ketika solat. Mereka juga menganggap wujudnya keberkatan daripada batu tersebut dengan menciumnya ataupun memakannya sebagai penawar menyembuhkan penyakit. Batu tersebut adalah cebisan tanah yang diambil daripada perkuburan Saidina Husain di Karbala.

10. Penganut fahaman Syiah meninggalkan solat Jumaat dengan alasan soalt Jumaat hanya wajib ketika wujud atau hadirnya Imam Mahdi, mereka boleh memilih sama ada melaksanakan solat Jumaat atau melaksanakan solat Zohor. Umamnya, penganut Syiah meninggalkan solat Jumaat.

11. Penganut fahaman Syiah mengamalkan JAMAK solat fardu iaitu Zohor dan Asar, Magrib dan Isyak sama ada dalam musafir atau tanpa sebarang sebab.

Sesungguhnya penyelewengan Syiah kepercayaan dan pengamalan Syiah yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah JELAS. Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada di tangan kita hari ini. Syiah menolak hadis-hadis atau riwayat-riwayat para sahabat besar Rasulullah s.a.w. Penganut fahaman Syiah mengamalkan amalan-amalan yang telah difatwakan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar oleh para ulama dan institusi Islam. Ya Allah Jauhi kami semua daripada FITNAH SYIAH.

Wallahu’allam

P/S: Ana mohon kerjasama rakan-rakan untuk SHARE agar maklumat mengenai SYIAH sampai pada saudara-saudara kita semua. Semoga Allah membalas kalian lebih baik dari dunia dan isinya. Ameen.
JOM BOIKOT KEMUNGKARAN AJAK KEMAKRUFAN!!!

Sebarkan, sebarkan ^^" by Ikhwan Adam ( Facebook )

Thanks for reading,Comment ^^

Isnin, 13 Mei 2013

Ilmu : 20 Kesan Dosa Dlm Kehidupan Seharian

Views
       


Assalamualaikum sahabat fillah yang disayangi sekalian. Mari kita hayati "20 Kesan Dosa Dalam Kehidupan Seharian" yang mungkin kita terlepas pandang.

         Selagi mana kita bernama manusia, selagi itulah kita tidak dibiarkan oleh musuh-musuh utama dalam kalangan iblis dan syaitan membiarkan kita mengucapkan dua kalimah syahadah tanpa sebarang ujian dan tribulasi. Ia bertujuan agar akidah dan pegangan kita terpesong daripada kebenaran agama dan untuk membanyakkan lagi penghuni neraka.

        Selama mana kita masih bernafas, masih mampu mengunyah makanan, menghirup makanan, berjalan dan mencari rezeki sesuap nasi, jangan lupa nasib kita nanti di akhirat, apakah kita termasuk golongan yang sudi dilihat oleh baginda Rasulullah saw ataupun sebaliknya, atau menjadi golongan yang muflis di hadapan Allah di Padang Mahsyar, tetapi jika masih tidak mahu berubah jadi baik,maka terimalah akibat daripada kejahatan yang kita sendiri lakukan.

       Renungkanlah antara sebab punca hidup kita tidak dirahmati Allah SWT.

1. Hati tertutup daripada menerima taufik dan hidayah.
2. Hidup penuh kesesatan
3. Ditimpa bala atau cubaan yang tiada pahala baginya
4. Segala amal kebajikan tidak mendapat keberkatan
5. Kehidupan dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan
6. Hati lupa pada nikmat dan azab Allah SWT
7. Tergolong dalam golongan orang yang mendustakan agama
8. Tiada perlindungan dan pertolongan Allah SWT
9. Tiada keberkatan dalam hidup
10. Akhlak dan moral tercemar
11. Tergolong dalam golongan orang munafik
12. Disempitkan rezeki oleh Allah SWT
13. Hidup dalam kehidupan yang boleh membinasakan diri sendiri dan orang lain
14. Dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah s.a.w.
15. Dicabut iman iman oleh Allah SWT
16. Hidup penuh kepura-puraan
17. Tiada kebahagiaan hidup di akhirat
18. Tergolong dalam golongan orang yang mendapat kerugian di dunia dan akhirat
19. Mendapat azab yang pedih di akhirat
20. Dimasukkan le dalam neraka yang paling bawah

Allahu ROBBI, Mari sama-sama kita muhasabah diri bersama dan cuba ubah apa yang patut ya.. Setakat ini dahulu coretan ana.. Assalamualaikum ^^"

Thanks for reading,Comment ^^

Sabtu, 11 Mei 2013

[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

Views

Assalamualaikum, sahabat-II yang dikasihi sekalian.. Sihat ? Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kurniaanNya. InsyaAllah ^^" Taknak panjangkan cerita, selamat  membaca ! # Baca dan fahami okay ? >.< 



[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .


#Moga bermanfaat buat sahabat sekalian ^^"

Thanks for reading,Comment ^^

Isnin, 29 April 2013

Elakkan Tidur Selepas Subuh n_n

Views

Assalamualaikum sahabat fillah, nak tahu sebab apa kena elakkan tidur lepas subuh ? scroll down n baca dan cuba elakkan ya ^_^ #Selamat Malam Sahabat maya >.<





5 sebab tidur selepas Subuh mesti dielakkan:


1 ~ Bukan amalan para ulama dan orang soleh


2 ~ Terlepas menghirup udara segar


3 ~ Menimbulkan rasa malas dan tidak bersemangat pada hari tersebut


4 ~ Pintu rezeki menjadi sempit

5 ~ Mendatangkan beberapa jenis penyakit pada badan





Jika terlalu mengantuk, tidur di luar waktu Subuh iaitu apabila matahari sudah terbit ketika masuknya waktu Dhuha.





Kredit kepada - Dr Farhan Hadi Mohd Taib

Thanks for reading,Comment ^^

Ilmu : APA ITU ISTIDRAJ?

Views

Assalamualaikum sahabat fillah yang disayangi, apa khabar semua ? Sihat ke? Moga dalam lindungan Allah sentiasa.. Ana nak kongsikan dengan sahabat semua berkenaan "Istidraj".. Tahu ke ? Tak tahu jom baca dan fahami apa yang dikongsikan n_n #Selamat membaca ye ^^'



[Perkongsian Ilmu]

APA ITU ISTIDRAJ?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam

Thanks for reading,Comment ^^

Ahad, 24 Mac 2013

Hukum Menutup Aurat Pada Muslimah Mengikut Ulama' 4 Mazhab

Views



Assalamualaikum,ahlan wasahlan.. Syukran singgah blog ana.. Di sini ana nak kongsikan maklumat berkenaan ' Hukum Menutup Aurat Pada Muslimah Mengikut Ulama' 4 Mazhab' Harap Bermanfaat ye ^^' Baca dan fahami dgn baik..


Mazhab Hanafi
Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.
1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار
“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)
2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة
“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)
3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب
“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)
4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة
“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)
5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة
“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)
Mazhab Maliki
Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.
1. Az Zarqaani berkata:
وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني
“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)
2. Ibnul Arabi berkata:
والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها
“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)
3. Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها
“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)
4. Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح
“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)
5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:
وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب
“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)
Mazhab Syafi’ie
Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.
1. Asy Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ
“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن
“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)
4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)
5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)
Mazhab Hanbali
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر
“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)
1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة
“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)
2. Ibnu Muflih berkata:
« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها
“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)
3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »
“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)
4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب
“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.”

Harap jelas dengan apa yang ana kongsikan. Syukran sudi luangkan masa sahabat sekalian utk baca. Segala kekurangan harap dimaafkan. Assalamualaikum..

Thanks for reading,Comment ^^

Rabu, 20 Mac 2013

Mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK ? Sebab ?

Views


Bismillahirrahmanirrahim. ^^'
Assalamualaikum sahabat sekalian.. Setelah sekian lama tak update blog.. Harini ana update :) Hope bermanfaat buat semua.. 

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK ::

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian

2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.

3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit

4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik

5. Riak bila bersedekah

6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran

7. Tidak/kurang beristighfar

8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung 


belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. 


Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu


 nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

✔ Yang dah baca harap dapat share dgn sahabat-II ye.. setidak-tidaknya ada rakan2 anda yang tahu


 tentang ini.. Dapat jugak sahamnya. InsyaAllah.. Mudah-mudahan kita dapat ubah diri kita ye ^^'

Thanks for reading,Comment ^^

Khamis, 7 Februari 2013

Niqab : 3 Sebab Untuk Berpurdah

Views



Assalamualaikum,hai semua.. Sihat? Ana alahmdulillah,sihat.. Cuma sakit tekak je.. Harinie terpaksa ponteng sekolah.. Suara takde.. Sakit tekak,huhu.. Doakan ana cepat sembuh ye sahabat.. InsyaAllah.. 

3 Sebab Untuk Berpurdah :


1. Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat.

#Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah.

2. Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik @         mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan.

#Oleh sebab itu dia, mahu menutup keaiban dirinya.

3. Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya..

#Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi.
   Itu amat digalakkan.. =)

Maka,fikir2 kan la ye sebelum buat keputusan untuk berpurdah.. Istikharah dulu ^_^

Thanks for reading,Comment ^^

Selasa, 29 Januari 2013

Dr. Aafia Siddiqui-Doakan Untuk Beliau :'(

Views


Assalamualaikum semua sahabat yang ana kasihi.. Entri kali nie ana nak share tentang kisah seorang banduan yang tak bersalah :'( #Sedih je bila baca.. Hope Kita sama2 doakan untuk beliau ya :)



"Banduan 650."

Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: http://tausyah.wordpress.com/2012/10/17/dr-aafia-siddiqui-seorang-ilmuwan-muslimah-pakistan-yang-di-perkosa-disiksa-dan-dilecehkan-di-dalam-penjara-beserta-pidato-lauren-booth-bahwa-aafia-kerap-bermimpi-bertemu-dengan-rasulullah-dan-aisya/ )

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded )

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan: http://luv-ima.blogspot.com/2010/07/banduan-650-dr-aafia-siddiqui.html )

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia.

im just copy to sharing.

Thanks for reading,Comment ^^

Isnin, 21 Januari 2013

Niqab : Bolehkah pakai purdah on-off?

Views
Kalau Boleh,Pakai Semua Hitam :D 

Assalamualaikum,ana share pertanyaan di bawah nie dengan semua ^_^ 
Baca dengan teliti ya :) "Bolehkah pakai purdah on-off? " 

 Soalan :
Assalamualaikum k.nor..
Saya memang ada niat untuk berniqab.  Suami memang amat2 menggalakkan..tetapi saya terikat dengan kerja yang tidak boleh berniqab.  Apa pendapat k.nor jika saya berniqab kecuali di tempat kerja sahaja buka….rasa tenang bila berniqab..

Jawapan :

Wa’alaikum salam wbh.Alhamdulillah kerana diberikan hidayah Allah utk melakukan kebaikan. Apatah lagi mendapat dorongan dari suami pula. Pada pendapat Kak Nur… harus Nurul berbuat demikian yakni mengenakan niqab dan membukanya semasa bekerja sahaja 
Ada kawan Kak  Nur yang membuat perkara yang sama.   Dia pensyarah perubatan di universiti. Dia hanya membukanya semasa ke pejabat. Sebaik habis waktu pejabat, dia akan mengenakan semula purdahnya.Dari sudut hukum pun sebenarnya terdapat keharusan wanita berniqab untuk membuka niqabnya semasa menjadi saksi di mahkamah, semasa berjual beli, melalui pemeriksaan di bahagian imigresen dan pelbagai urusan lagi yang mana terdapat keperluan mengenali wajah. 
Seorang lagi kawan akak bertugas sebagai guru kementerian namun alhamdulillah, pengetua sekolah di tempat dia mengajar mengizinkan dia memakai purdah. Jadi dia membuka purdah hanya semasa berada di bilik guru perempuan dan juga semasa mengajar di dalam kelas.Petuanya mudah sahaja, dia selalu solat hajat agar Allah permudahkan hasratnya untuk istiqamah dengan niqab meskipun bekerja. Allah makbulkan doanya dengan mentakdirkan majikan tempat dia bekerja lunak hatinya untuk mengizinkan dia memakai purdah. 
Ada seorang lagi kerja di bank.  Sebaik sampai di pejabat, dia buka purdah.  Habis waktu pejabat, dia pakai semula.Ada seorang lagi, Akak pernah tengok dia tetap memakai purdah semasa bekerja kerana ruang dia bekerja terbuka kepada staf lelaki juga.  Dia bekerja di jabatan kerajaan.Sebaiknya diusahakan tempat bekerja itu diasingkan ruang untuk pekerja wanita dan pekerja lelaki.   
Banyak kebaikan yang akan diperolehi.Harap jawapan di atas membantu.Wassalam. 
Ummu Abbas 

Sekadar berkongsi ^_^ #Sebarang kekurangan bolehkan tinggalkan komen anda ye n_n

Thanks for reading,Comment ^^

Niqab : Nilai Sekeping Kain Itu :'(

Views

Assalamualaikum Sahabat yang ana kasihi sekalian.. Hari ni ana kongsikan ilmu tambahan untuk sahabat semua.. Moga bermanfaat ye n_n 
                              * * * * * * *
Harganya tidak mahal. Saiznya juga tidak besar.    Tidak semahal baju, tidak sebesar jubah.
Ia cuma sekeping kain yang digunakan untuk menutup wajah, kecuali sepasang mata.
Namun ramai orang memandang ia sekadar sekeping kain yang murah. Ramai juga orang menilai, ia sekadar penutup kepada wajah supaya ‘tidak dikenali’.
Hakikatnya, sekeping kain itu cukup mahal. Bukan pada harganya, tapi pada nilainya yang tersendiri. Nilai yang tersurat, juga nilai yang tersirat.
Bagaikan ada suatu tarikan tersendiri kepada wanita yang mengenakan sekeping kain itu di wajah mereka. Bukan tarikan fitnah manusia, sebaliknya tarikan kepada rahmat Allah sehingga menjadikan mereka mulia.
Tidak mesti ustazah, tidak mesti guru agama. Mulia itu Allah beri kepada mereka yang mengenakannya atas nama Taqwa. Itu yang menjadikan mereka tinggi di mata manusia.
Sudah tentu, bukanlah ketinggian di mata manusia itu suatu yang dicita-cita, tetapi itulah kurniaan Allah kepada hamba-hamba yang dipilih-Nya. Allah memuliakan siapa yang Dia mahu, dan menghinakan siapa yang Dia mahu.
Muslimat yang memilih untuk menutup wajah mereka agar dirinya lebih terpelihara dari fitnah dunia, akan dikurniakan Allah akan suatu nikmat kehidupan dunia yang tidak dirasai oleh sesiapa yang tidak memakainya.
” Saya rasa lebih tenang dan selesa “
” Alhamdulillah..rasa terjaga apabila bergaul dengan manusia “
Selesa, tenang dan bahagia itu letaknya di HATI.
Manusia yang memilih untuk mendekati Allah dengan wasilah-wasilah kebaikan, umpama mereka menempah kebahagiaan khusus dengan Allah. Dan Allah berikan kebahagiaan itu khusus ke dalam hati-hati mereka.
Nampak kolot, tapi hati damai.
Nampak ‘mudah dibuli’ tetapi mendapat penuh penghormatan.
Nampak tak menarik, tapi menarik rahmat dari Tuhan.

BICARA NILAI
Benarlah, nilaian manusia tidak sama dengan nilaian Tuhan.
Sekeping kain itu hanya tinggal sekeping kain yang tiada nilai, kiranya dipakai bukan kerana Tuhan.
Dipakai kerana ikut-ikutan, atau kerana mahukan penghormatan.
Dipakai kerana mahu menjadi ustazah jadi-jadian, atau semata-mata menarik perhatian jejaka idaman.
Allah menilai hati, bukan sekeping kain.
Tetapi sekeping kain yang dipakai kerana Tuhan, impaknya sungguh agung melangkaui nilaian insan.
Justeru, keagungan dan nilai yang tinggi itu jangan dipersiakan.

” Saya nak tengok wajah awak, boleh? “
Permintaan seorang lelaki.
Beradab, jika betul kena caranya. Tetapi biadab, jika tidak kena pada caranya.
Bagaimana seorang muslimat yang begitu menjaga penampilan dirinya dan menyembunyikan wajahnya dari tatapan lelaki ajnabi, akan menyingkap sekeping kain yang sekian lama menutup wajahnya untuk ditatap oleh seorang lelaki?
Berat.
Perasaan yang tidak dirasai oleh muslimat yang tidak mengenakan sekeping kain di wajah mereka dalam kehidupan sehari-hari.
Jika memakainya hanya kerana manusia atau untuk menarik minat sang jejaka, apa masalahnya, dengan mudah saja boleh dibuka. Disingkap, dilihat dan ditatap.
Tetapi bergegar singgahsana kehormatan seorang wanita yang memakainya kerana Allah jika mudah-mudah membiarkan wajahnya ditatap oleh sang teruna.
Jadi bagaimana?
Pemuda : Bukankah untuk melamar dan menjadikan isteri itu, harus ditatap wajahnya terlebih dahulu? Nah sekarang, mengapa berdegil untuk menyingkap sekeping kain itu?
Hawa : Ah, engkau tidak akan faham betapa besar nilainya sekeping kain itu kepada aku. Sekeping kain yang telah menjaga perilaku dan tutur kataku saban waktu. Sekeping kain yang menjadikan aku lebih jujur dengan diriku dan lebih telus dengan Tuhanku.
Dilema.
Kedua-duanya ada hak dan hak tersebut perlu ditunaikan.
Islam terbukti bijak meraikan kedua-dua hak tersebut. Baik di pihak mana pun, mereka tidak akan teraniaya dengan keadilan Islam.
Wahai pemuda, jika benar dirimu berhasrat melamar dan memiliknya, mampirlah bertemu kedua orang tua yang telah mendidik dan membesarkannya. Tataplah wajahnya sekira-kira mendatangkan keinginan kepadamu untuk menikahinya, namun bukanlah menatap itu tika kamu dan dia berdua-dua.
Wahai gadis yang suci, maruahmu tetap terpelihara. Singkaplah sekeping kain itu di hadapan si pemuda, bertemankan kedua-dua ibu dan bapa. Mereka pelindungmu di dunia, selagi dirimu belum bergelar isteri kepada mana-mana pemuda. Sudah tentu, tidak ada tempat yang lebih layak untukmu menyingkap sekeping kain tersebut melainkan di hadapan ibu dan bapa.

FITNAH
” Aku melihat bagaimana lemahnya iman mereka. Sekejap menutup wajah, sekejap membukanya untuk ditatap sesiapa sahaja. Ada juga yang memakainya sebelum kahwin, tetapi selepas kahwin membukanya pula. Ada yang pakai di luar negara, tetapi tidak pula selepas pulang ke Malaysia “
Bersangka baiklah.
Itukan suatu amalan untuk melatih jiwa dan mendekatkan diri dengan Pencipta. Bukanlah suatu kewajipan yang mesti untuk semua kaum hawa.
Sekeping kain itu juga adakala bertujuan mengelak fitnah dari mata-mata sang jejaka. Apatah lagi jika berada dalam suasana yang menggalak dan menyuburkan fitnah tersebut.
Tetapi tika berada di sisi suaminya, ia berbeza.
Tika berada di sisi bapanya, ia berbeza.
Tika berada dalam khalayak ramai tanpa ditemani suami atau bapa, ia juga berbeza.
Apa yang pasti, ia tidak menghilangkan nilai agung pada sekeping kain yang menutup muka.
Nilai itu tetap terpelihara, meskipun dengan cara yang berbeza.
Justeru kenalilah terlebih dahulu sekeping kain tersebut sebelum mengenakannya di wajahmu yang mulia. Jangan sampai kain tersebut tidak lekang di muka namun di hatimu cuma menganggapnya sebagai sekeping kain biasa.
Memakainya, biarlah bernilai ibadah.
Memakainya, biarlah bernilai solehah.
Moga-moga mujahadahmu di dunia meraih Syurga yang tinggi di akhirat sana. Ia pasti – insyaAllah – kiranya dirimu benar-benar telus dengan Yang Maha Esa.
Sekeping kain, seribu makna.
Moga kamu mengerti akan nilainya.
Sekian.

Credit To :: MyIlham.Com

Thanks for reading,Comment ^^

 
Template Edited By Nur Afiqah ♥ All Rights Reserved ©