Selasa, 29 Januari 2013

Dr. Aafia Siddiqui-Doakan Untuk Beliau :'(

Views


Assalamualaikum semua sahabat yang ana kasihi.. Entri kali nie ana nak share tentang kisah seorang banduan yang tak bersalah :'( #Sedih je bila baca.. Hope Kita sama2 doakan untuk beliau ya :)



"Banduan 650."

Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: http://tausyah.wordpress.com/2012/10/17/dr-aafia-siddiqui-seorang-ilmuwan-muslimah-pakistan-yang-di-perkosa-disiksa-dan-dilecehkan-di-dalam-penjara-beserta-pidato-lauren-booth-bahwa-aafia-kerap-bermimpi-bertemu-dengan-rasulullah-dan-aisya/ )

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded )

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan: http://luv-ima.blogspot.com/2010/07/banduan-650-dr-aafia-siddiqui.html )

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia.

im just copy to sharing.

Thanks for reading,Comment ^^

Isnin, 21 Januari 2013

Niqab : Bolehkah pakai purdah on-off?

Views
Kalau Boleh,Pakai Semua Hitam :D 

Assalamualaikum,ana share pertanyaan di bawah nie dengan semua ^_^ 
Baca dengan teliti ya :) "Bolehkah pakai purdah on-off? " 

 Soalan :
Assalamualaikum k.nor..
Saya memang ada niat untuk berniqab.  Suami memang amat2 menggalakkan..tetapi saya terikat dengan kerja yang tidak boleh berniqab.  Apa pendapat k.nor jika saya berniqab kecuali di tempat kerja sahaja buka….rasa tenang bila berniqab..

Jawapan :

Wa’alaikum salam wbh.Alhamdulillah kerana diberikan hidayah Allah utk melakukan kebaikan. Apatah lagi mendapat dorongan dari suami pula. Pada pendapat Kak Nur… harus Nurul berbuat demikian yakni mengenakan niqab dan membukanya semasa bekerja sahaja 
Ada kawan Kak  Nur yang membuat perkara yang sama.   Dia pensyarah perubatan di universiti. Dia hanya membukanya semasa ke pejabat. Sebaik habis waktu pejabat, dia akan mengenakan semula purdahnya.Dari sudut hukum pun sebenarnya terdapat keharusan wanita berniqab untuk membuka niqabnya semasa menjadi saksi di mahkamah, semasa berjual beli, melalui pemeriksaan di bahagian imigresen dan pelbagai urusan lagi yang mana terdapat keperluan mengenali wajah. 
Seorang lagi kawan akak bertugas sebagai guru kementerian namun alhamdulillah, pengetua sekolah di tempat dia mengajar mengizinkan dia memakai purdah. Jadi dia membuka purdah hanya semasa berada di bilik guru perempuan dan juga semasa mengajar di dalam kelas.Petuanya mudah sahaja, dia selalu solat hajat agar Allah permudahkan hasratnya untuk istiqamah dengan niqab meskipun bekerja. Allah makbulkan doanya dengan mentakdirkan majikan tempat dia bekerja lunak hatinya untuk mengizinkan dia memakai purdah. 
Ada seorang lagi kerja di bank.  Sebaik sampai di pejabat, dia buka purdah.  Habis waktu pejabat, dia pakai semula.Ada seorang lagi, Akak pernah tengok dia tetap memakai purdah semasa bekerja kerana ruang dia bekerja terbuka kepada staf lelaki juga.  Dia bekerja di jabatan kerajaan.Sebaiknya diusahakan tempat bekerja itu diasingkan ruang untuk pekerja wanita dan pekerja lelaki.   
Banyak kebaikan yang akan diperolehi.Harap jawapan di atas membantu.Wassalam. 
Ummu Abbas 

Sekadar berkongsi ^_^ #Sebarang kekurangan bolehkan tinggalkan komen anda ye n_n

Thanks for reading,Comment ^^

Niqab : Nilai Sekeping Kain Itu :'(

Views

Assalamualaikum Sahabat yang ana kasihi sekalian.. Hari ni ana kongsikan ilmu tambahan untuk sahabat semua.. Moga bermanfaat ye n_n 
                              * * * * * * *
Harganya tidak mahal. Saiznya juga tidak besar.    Tidak semahal baju, tidak sebesar jubah.
Ia cuma sekeping kain yang digunakan untuk menutup wajah, kecuali sepasang mata.
Namun ramai orang memandang ia sekadar sekeping kain yang murah. Ramai juga orang menilai, ia sekadar penutup kepada wajah supaya ‘tidak dikenali’.
Hakikatnya, sekeping kain itu cukup mahal. Bukan pada harganya, tapi pada nilainya yang tersendiri. Nilai yang tersurat, juga nilai yang tersirat.
Bagaikan ada suatu tarikan tersendiri kepada wanita yang mengenakan sekeping kain itu di wajah mereka. Bukan tarikan fitnah manusia, sebaliknya tarikan kepada rahmat Allah sehingga menjadikan mereka mulia.
Tidak mesti ustazah, tidak mesti guru agama. Mulia itu Allah beri kepada mereka yang mengenakannya atas nama Taqwa. Itu yang menjadikan mereka tinggi di mata manusia.
Sudah tentu, bukanlah ketinggian di mata manusia itu suatu yang dicita-cita, tetapi itulah kurniaan Allah kepada hamba-hamba yang dipilih-Nya. Allah memuliakan siapa yang Dia mahu, dan menghinakan siapa yang Dia mahu.
Muslimat yang memilih untuk menutup wajah mereka agar dirinya lebih terpelihara dari fitnah dunia, akan dikurniakan Allah akan suatu nikmat kehidupan dunia yang tidak dirasai oleh sesiapa yang tidak memakainya.
” Saya rasa lebih tenang dan selesa “
” Alhamdulillah..rasa terjaga apabila bergaul dengan manusia “
Selesa, tenang dan bahagia itu letaknya di HATI.
Manusia yang memilih untuk mendekati Allah dengan wasilah-wasilah kebaikan, umpama mereka menempah kebahagiaan khusus dengan Allah. Dan Allah berikan kebahagiaan itu khusus ke dalam hati-hati mereka.
Nampak kolot, tapi hati damai.
Nampak ‘mudah dibuli’ tetapi mendapat penuh penghormatan.
Nampak tak menarik, tapi menarik rahmat dari Tuhan.

BICARA NILAI
Benarlah, nilaian manusia tidak sama dengan nilaian Tuhan.
Sekeping kain itu hanya tinggal sekeping kain yang tiada nilai, kiranya dipakai bukan kerana Tuhan.
Dipakai kerana ikut-ikutan, atau kerana mahukan penghormatan.
Dipakai kerana mahu menjadi ustazah jadi-jadian, atau semata-mata menarik perhatian jejaka idaman.
Allah menilai hati, bukan sekeping kain.
Tetapi sekeping kain yang dipakai kerana Tuhan, impaknya sungguh agung melangkaui nilaian insan.
Justeru, keagungan dan nilai yang tinggi itu jangan dipersiakan.

” Saya nak tengok wajah awak, boleh? “
Permintaan seorang lelaki.
Beradab, jika betul kena caranya. Tetapi biadab, jika tidak kena pada caranya.
Bagaimana seorang muslimat yang begitu menjaga penampilan dirinya dan menyembunyikan wajahnya dari tatapan lelaki ajnabi, akan menyingkap sekeping kain yang sekian lama menutup wajahnya untuk ditatap oleh seorang lelaki?
Berat.
Perasaan yang tidak dirasai oleh muslimat yang tidak mengenakan sekeping kain di wajah mereka dalam kehidupan sehari-hari.
Jika memakainya hanya kerana manusia atau untuk menarik minat sang jejaka, apa masalahnya, dengan mudah saja boleh dibuka. Disingkap, dilihat dan ditatap.
Tetapi bergegar singgahsana kehormatan seorang wanita yang memakainya kerana Allah jika mudah-mudah membiarkan wajahnya ditatap oleh sang teruna.
Jadi bagaimana?
Pemuda : Bukankah untuk melamar dan menjadikan isteri itu, harus ditatap wajahnya terlebih dahulu? Nah sekarang, mengapa berdegil untuk menyingkap sekeping kain itu?
Hawa : Ah, engkau tidak akan faham betapa besar nilainya sekeping kain itu kepada aku. Sekeping kain yang telah menjaga perilaku dan tutur kataku saban waktu. Sekeping kain yang menjadikan aku lebih jujur dengan diriku dan lebih telus dengan Tuhanku.
Dilema.
Kedua-duanya ada hak dan hak tersebut perlu ditunaikan.
Islam terbukti bijak meraikan kedua-dua hak tersebut. Baik di pihak mana pun, mereka tidak akan teraniaya dengan keadilan Islam.
Wahai pemuda, jika benar dirimu berhasrat melamar dan memiliknya, mampirlah bertemu kedua orang tua yang telah mendidik dan membesarkannya. Tataplah wajahnya sekira-kira mendatangkan keinginan kepadamu untuk menikahinya, namun bukanlah menatap itu tika kamu dan dia berdua-dua.
Wahai gadis yang suci, maruahmu tetap terpelihara. Singkaplah sekeping kain itu di hadapan si pemuda, bertemankan kedua-dua ibu dan bapa. Mereka pelindungmu di dunia, selagi dirimu belum bergelar isteri kepada mana-mana pemuda. Sudah tentu, tidak ada tempat yang lebih layak untukmu menyingkap sekeping kain tersebut melainkan di hadapan ibu dan bapa.

FITNAH
” Aku melihat bagaimana lemahnya iman mereka. Sekejap menutup wajah, sekejap membukanya untuk ditatap sesiapa sahaja. Ada juga yang memakainya sebelum kahwin, tetapi selepas kahwin membukanya pula. Ada yang pakai di luar negara, tetapi tidak pula selepas pulang ke Malaysia “
Bersangka baiklah.
Itukan suatu amalan untuk melatih jiwa dan mendekatkan diri dengan Pencipta. Bukanlah suatu kewajipan yang mesti untuk semua kaum hawa.
Sekeping kain itu juga adakala bertujuan mengelak fitnah dari mata-mata sang jejaka. Apatah lagi jika berada dalam suasana yang menggalak dan menyuburkan fitnah tersebut.
Tetapi tika berada di sisi suaminya, ia berbeza.
Tika berada di sisi bapanya, ia berbeza.
Tika berada dalam khalayak ramai tanpa ditemani suami atau bapa, ia juga berbeza.
Apa yang pasti, ia tidak menghilangkan nilai agung pada sekeping kain yang menutup muka.
Nilai itu tetap terpelihara, meskipun dengan cara yang berbeza.
Justeru kenalilah terlebih dahulu sekeping kain tersebut sebelum mengenakannya di wajahmu yang mulia. Jangan sampai kain tersebut tidak lekang di muka namun di hatimu cuma menganggapnya sebagai sekeping kain biasa.
Memakainya, biarlah bernilai ibadah.
Memakainya, biarlah bernilai solehah.
Moga-moga mujahadahmu di dunia meraih Syurga yang tinggi di akhirat sana. Ia pasti – insyaAllah – kiranya dirimu benar-benar telus dengan Yang Maha Esa.
Sekeping kain, seribu makna.
Moga kamu mengerti akan nilainya.
Sekian.

Credit To :: MyIlham.Com

Thanks for reading,Comment ^^

Ahad, 13 Januari 2013

~ Fadhilat Berpurdah ~

Views
Assalamualaikum sahabat semua n_n 
Harinie ana nak share tentang fadhilat berpurdah/niqab ^_^ #Moga memberi manfaat k :)


~ Fadhilat Berpurdah ~

Di Dunia Allah tingkatkan Nur Wajah si pemakai 13 kali ganda dari wajah asal ..
13 kali ganda tu wahai sahabat .. :)

Di Akhirat Allah Swt tingkatkan kecantikannya 70 kali ganda daripada kecantikan bidadari yg bernama " La Aiba " - seorang bidadari yg Allah Swt cipta dengan tanganNYA sendiri ..
Masya Allah ! Cantik tu ..

Di Akhirat Kelak dikatakn Allah Swt sendiri yg akn bertemu dengan orang yg Berpurdah ni .. Special kn ? ^^

Allahu Akbar :')

P/S : Senang kan ALLAH nak bagi ganjaran-Nya? Renungkan k *_*

Thanks for reading,Comment ^^

Selasa, 8 Januari 2013

:: Hukum Berikhtilat Mengikut Pandangan Ulama ::

Views

Assalamualaikum sahabat semua.. Sihat ke? Moga sihat atas izin-Nya.. InsyaAllah.. Harinie ana nak kongsi tentang ikhtilat.. Ana ambik dari saudara : Muhammad Fathullah #Sekadar berkongsi untuk tambahkan ilmu yang kita sedia ada ^_^


“Ustaz, apakah hukum berikhtilat di antara lelaki dan perempuan” tanya seseorang.

Saya tidak terus menjawab, saya bertanya pula. “Apa yang kamu faham mengenai masalah ikhtilat”.

Dia menjawab. “Err, berkawan di antara lelaki dan perempuan”.

Tambahnya lagi. “Saya ada baca di blog-blog dan di artikel-artikel, terlalu banyak hal yang mengelirukan, ada yang kata haram terus, ada yang kata boleh”.

Saya menjawab. “Insyaallah saya akan terangkan masalah hukum tersebut, jadi selepas ini kamu perlu berhati-hati ketika mengambil hukum atau kefahaman islam melalui wasilah itu, boleh tanya kepada orang yang lebih ahli mengenai sesuatu bab atau membaca artikel2 mereka di samping memperbanyakkan bacaan bahan agama”.

Baru-baru ini saya telah ditanya mengenai masalah ikhtilat di antara lelaki dan perempuan berdasarkan syariat islam. Ikhtilat mempunyai makna yang sangat luas iaitu umum, membawa maksud pencampuran lelaki dan perempuan, contohnya seperti belajar di dalam kelas, perempuan berada di belakang, manakala lelaki berada di hadapan, atau pun contoh lain ketika berada di dalam masjid, solat berjemaah bersama-sama, atau pun bekerja sama dalam sesuatu organisasi atau persatuan, semua itu dikategorikan sebagai ikhtilat. Saya hanya hendak khusus kan di sini ialah ikhtilat dalam konteks berkawan. Adakah ia dibenarkan atau pun sebaliknya?

Dalam hal ini, saya tidaklah terus terburu-buru untuk menjawab soalannya, bahkan saya rasa bertanggungjawab untuk bertanya terlebih dahulu kepada Dr2 yang lebih pakar mengenai hal ini, untuk mencari kepastian, supaya lebih yakin dan selamat.

Saya juga telah mencari fatwa2 ulama Mu’assirin(kontemporari) mengenai masalah ini, ada yang mengatakan ianya haram dan ada juga mengatakan ianya harus. Ada ulama’ yang memfatwakan bahawa hukum ikhtilat haram secara mutlak kecuali jika ada niat dan azam untuk menikahinya, iaitu bertunang. Bagi saya, pendapat ini terlalu syadid dan tidak menepati kaedah syara’ dan usul.

Ada juga ulama’ yang mengharuskan ikhtilat di antara lelaki dan perempuan tetapi berdasarkan syarat-syaratnya, antara ulama’ yang mengharuskan ikhtilat ialah Syeikh Allamah Dr Yusof Al-Qordhawi, dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau dalam hal ini berdasarkan kaedah Usul dan kaedah-kaedah fiqhiyyah.

Pemilihan ini tidaklah berdasarkan ilmu cetek yang ada pada saya sahaja, bahkan baru-baru ini saya telah meminta pendapat dari Dr Jamiah Universiti Yarmouk sendiri, fatwa manakah yang lebih menepati kaedah Syara’, maka Dr mencadangkan agar saya mengambil fatwa Dr Yusof Al-Qordhawi mengenai perkara ini sambil memujinya dengan pujian yang sangat layak kepada ilmuan dan mujtahid sepertinya.

Kadang-kadang saya sedih dengan sesetengah blogger-blogger yang tidak jujur dengan ilmu islam, mereka menulis hanya mengikut pendapat peribadi mereka tanpa menguasai perkara usul di dalam agama. Berlebih-lebihan dalam meletakkan hukum, itu haram dan ini haram sampai membawa fitnah kepada agama, padahal agama islam sangat bertoleransi dengan perkara ini. Ada juga yang mengambil kaedah (Sadduz Zari’ah) dengan cara yang melampau dan tidak adil sampai menutup pintu-pintu itu dengan begitu rapat sekali.

Mungkin niat mereka baik, tetapi jika tidak faham dengan kaedah yang sebenar, ia meletakkan umat islam agar lebih jauh dan jauh daripada hakikat kefahaman islam yang sebenar akibat pendapat yang tidak menepati kaedah Syara’. Berapa banyak artikel yang ada tidak menepati kaedah ilmu. Jika hendak menulis mengenai bab yang melibatkan islam dan hukumnya tidak salah, bahkan ianya sangat digalakkan, tetapi hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang lebih pakar mengenai sesuatu bab yang ingin dibincangkan. Saya sendiri pun tidak terlepas dari bertanya kepada mereka yang lebih pakar, walaupun saya sendiri dari pengajian sarjana muda syariah.

Agama islam adalah agama yang amat bertoleransi, jika kita hendak mengira perkara yang haram di dalam islam, mungkin tidak sampai beberapa jam, tetapi jika hendak mengira perkara yang halal di dalam islam, ianya begitu banyak, mungkin memakan masa sampai sehari atau lebih. Kadang-kadang ada orang yang baru hendak berjinak dengan islam atau pun yang baru hendak faham mengenai islam, mereka menganggap bahawa agama islam terlalu kolot, terlalu menekan dan mengongkong. Ini adalah salah fahaman yang sangat melampau terhadap agama islam. Islam adalah agama yang bersifat fitrah, peraturannya berdasarkan kejadian fitrah manusia.

Kita masuk balik kepada masalah yang hendak dibincangkan pada penulisan kali ini, kaedah telah menetapkan bahawa hukum asal bermu’amalah di antara manusia adalah harus kecuali ada nas-nas dari Al-quran atau Hadis yang mengharamkannya seperti riba, zina, mengumpat dan lain-lain, manakala hukum asal bagi semua jenis ibadat ialah haram, kecuali ada nas-nas dari Al-quran atau hadis yang membenarkannya seperti solat, puasa, pergi haji, zakat dan lain-lain. Berdasarkan kaedah ini, banyak ulama’ yang memfatwakan bahawa hukum ikhtilat adalah harus berserta dengan syarat-syaratnya. Di sini, saya hanya bagi satu contoh kaedah usul, sebenarnya masih ada banyak lagi kaedah yang ada di dalam ilmu usul, maka ia perlu di dalami dengan bersungguh-sungguh. Bukan mengambil bulat-bulat daripada kaedah ini, saya hanya bagi contoh sahaja supaya lebih nampak dan jelas tentang apa yang saya ingin perkatakan mengenai tajuk ini.


Ini ialah petikan ringkas fatwa Dr Yusof Al-Qordhawi

Pendapat ulama yang memfatwakan haram itu termasuk pendapat yang keras yang tidak berpijak kepada nas. Ia banyak menzalimi wanita dengan pelbagai fatwa yang keras dan ketat sehingga wanita terpenjara di rumah-rumah mereka.

Ada juga di sana pendapat kaum Liberal (Women’s lib) yang berlawanan dengan golongan fatwa yang mengharamkan itu, iaitu menyeru agar wanita meninggalkan syariat dan lepas bebas seperti kaum wanita di barat.

Pokoknya, kedua-dua golongan ini; golongan pertama, mereka yang terlalu mengongkong wanita, memenjara dan seakan menzalimi kaum wanita. Manakala golongan kedua pula, liberalis yang membebaskan wanita semaksimumnya dan menyebabkan berlakunya keruntuhan moral yang amat dahsyat sehingga tidak dapat dikawal lagi.

Islam merupakan agama yang sempurna dan tidak membebankan. Wanita sejak zaman permulaan islam tidak lepas bebas dan tidak pula hanya terpenjara di rumah sahaja. Bahkan mereka aktif keluar bersama kaum lelaki (dalam suasana terkawal saya ingin tegaskan) contohnya, pergi ke masjid untuk solat berjemaah, mencari ilmu, menolong jiran tetangga dan sebagainya.

Wanita juga keluar melakukan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar, menghadiri majlis ilmu, menyertai perang jihad, mencari rezeki atau berkerjaya, berpolitik, mendapatkan hiburan yang baik, menghadiri perayaan dan menyertai jemaah atau kumpulan yang membawa manfaat seperti Ikram atau Isma contohnya. Inilah maksud firman Allah swt:

“Dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan itu, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran.” (At-tubah ayat 71)

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan serta liqa’ atau pertemuan untuk bekerjasama dalam perkara-perkara kebaikan, seperti menuntut ilmu, menjalankan program-program kebajikan dan jihad.

Perincian Dr Abdul Halim Abu Syuqqah (sahabat kepada Dr Yusof Al-Qordhawi)
1.    Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius.
2.    Menahan pandangan.
3.    Menghindari berjabat tangan.
4.    Mengenakan pakaian yang menepati kaedah Syara’. (Sungguh! Saya sangat benci melihat wanita islam yang berpakaian ketat dan bertudung singkat)
5.    Tidak bersesakan dan lebih elok jika ada jarak pemisahan.
6.     Menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat yang sunyi), namun boleh jika:
a)     Khulwah di kawasan awam yang ada ramai orang.
b)     Beberapa lelaki dan seorang perempuan.
c)      Seorang lelaki dan beberapa orang perempuan.
7.      Tidak terlalu lama dan berulang.
8.      Menghindari tempat yang mencurigakan.
9.      Menjauhi perbuatan maksiat dan dosa.

        ~ Dr Abdul Halim Abu Syuqqah meninggal pada tahun 1995. Beliau adalah sahabat karib Dr Yusof Al-Qordhawi di Universiti Qatar.

        Kesimpulan
        Pada pandangan saya, mengapa gejala sosial semakin melampau adalah disebabkan etika-etika ikhtilat tidak diletakkan pada tempat yang betul. Maka, kejahilan atau salah faham ini akan menyebabkan mereka salah dalam berikhtilat sehingga membawa kepada kemungkaran dan laknat Allah swt. Ikhtilat adalah perkara fitrah, ia memang perkara yang tidak boleh dielakkan kerana manusia hidup di dunia ini saling bantu-membantu antara satu sama lain. Jadi, ia memerlukan etika yang betul supaya manusia tidak jatuh kepada jurang kebinasaan.
        Di sini, saya tidaklah berlapang dalam memberi hukum harus dalam berikhtilat, ia juga boleh jatuh hukum haram jika tidak mengikut syarat-syaratnya.
        Ikhtilat dalam berkawan tidaklah sama dengan ikhtilat ketika bertunang, insya-Allah saya akan jelaskan pada tajuk khusus untuk penulisan yang akan datang.

        * Harap apa yang ana kongsikan ini berguna kepada sahabat2 semua ya.. Amin Ya RABB :)

        Thanks for reading,Comment ^^

         
        Template Edited By Nur Afiqah ♥ All Rights Reserved ©