Selasa, 21 Oktober 2014

Tinta Seorang Niqabis :')

Views
Bismillah. 
Suatu masa dahulu, saya pernah taksub dengan ideologi berniqab tanpa terlebih dahulu mengkaji apa sebenarnya yang tersirat di sebalik amalan tersebut. Suatu kali, saya pernah ditegur oleh seorang adik, " Wah, pakai purdah, tapi baju colourful, ni gerenti orang Malaysia ni." Terpukul. Memang amat terpukul. Lalu kerana terpukul itulah saya mula mengkaji dan mencari ilmu mengenainya.

Hari ini, di dalam negara saya sendiri iaitu Malaysia, saya lihat ramai perempuan yang mula berniqab. Tetapi, saya agak keliru dengan konsep yang dibawa. Wajahnya tertutup rapi. Tetapi pakaiannya walaupun jubah, walaupun berwarna hitam, masih ada liplap-liplap, masih ada bling-bling, masih ada bunga-bunga.

Bila saya fikirkan semula, tafsiran bagi pakaian yang seperti itu sebenarnya adalah, " SAYA MALU DAN MERASA MURAH SEKALI ANDAI WAJAH SAYA MENJADI TATAPAN ORANG, TETAPI SAYA TIDAK KISAH KALAU PERHIASAN DAN PAKAIAN PADA BADAN SAYA DILIHAT ORANG BAHKAN LEBIH SERONOK KALAU DIPUJI."

Apakah betul itu sebenarnya konsep berniqab sepertimana yang dibawa oleh ummul mukminin kita ?

Bagi diri saya yang tiada ilmu ini, saya memandang perbuatan memakai tudung, menutup aurat serta memakai niqab itu fungsinya bukanlah sekadar untuk 'menutup' sahaja. Signifikan utamanya adalah jauh lebih besar daripada itu. Ia sebenarnya adalah sebuah latihan untuk hati kita, untuk menundukkan nafsu orang-orang perempuan yang sememangnya amat suka dipandang dan dipuji. Ia mengajar kita bagaimana untuk bersederhana dan merendah diri.

Kerana itulah pentingnya pemilihan warna dan perhiasan yang terdapat pada diri seseorang perempuan itu. Saya suka memetik kata-kata ulama' ini, “ Seorang perempuan itu, sebaik-baiknya apabila ia turun ke tengah-tengah orang ramai, orang tidak perasanpun akan kehadirannya di situ (lantaran sederhananya pakaian serta perhiasan pada dirinya.) ”

Sebab itulah bagi saya, Kalaulah di dalam hati saya masih lagi ada keinginan untuk berhias dan dipuji orang, " Lawalah maskara awak " , " Eh cantiknya manik-manik pada jubah awak ni ", ataupun " Wow, beg tangan Gucci ke tu? " itu membawa maksud, masih terlalu jauh lagi perjalanan mujahadah hati saya. Dan kerana itulah juga saya fikir, saya perlu mengambil masa berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi niqabis sepenuh masa.

Kerana niqab bukanlah tentang menyembunyikan wajah. Ia sebenarnya tentang menyembunyikan ' hati '.
Adakalanya, saya lebih menghormati perempuan yang tidak berniqab tetapi pakaiannya cuma sederhana, warnanya tidak membuat orang memuji-mujinya dan perhiasannya tidak pula membuat orang terteleng-teleng memandangnya. Hatinya rendah, tidak berkehendak kepada pujian mahupun pandangan orang, baik dari lelaki mahupun perempuan. Memandang kepadanya sahajapun, hati kita turut merasa rendah dan insaf, tidak langsung menimbulkan keinginan di hati untuk kelihatan lebih cantik. Istimewa dan mahalnya perempuan seperti ini, kerana cantiknya disimpan elok-elok, hanyalah buat tatapan seorang insan yang bernama suami sahaja.

Saya tidak kisah andainya ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Kerana saya berbicara ini sambil membayangkan bagaimanalah sekiranya ummul mukminin masih ada bersama-sama dengan kita pada hari ini. Maafkan saya, andai saya telah mengguris hati sesiapa.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah. Dan yang tidak baik itu datang daripada kejahilan diri saya sendiri.

Suara hati seorang perempuan buat perempuan-perempuan lain yang dicintai Allah. Allahu.
Kisah ini ana copy dari seorang Hamba Allah. InsyaAllah sama-ii kita jadikan ibrah.
Wallahualam.

Sekian lama menyepi dari dunia blog :)

Thanks for reading,Comment ^^

Khamis, 17 Oktober 2013

Edisi Sentap !

Views
Assalamua'laikum wbt. 
Pesanan buat ambe & sahabat2 niqabis yang solehah semua.

Maaf nak luahkan di sini, yang sudi baca silakan, yang rasa menyampah mohon diabaikan.

Anda niqabis? Jika terasa ya, mari luangkan masa untuk membaca post ini. Melalui kenakalan niqabis di media social, ada sesuatu yang ingin ana khabarkan di sini. 

Ayuh semak semula : -

1. Apakah niatmu? Adakah kamu tahu hukum hakam berkenaan dengan niqab sebelum kamu menjadikan dirimu sebagai niqabis? Adakah kamu terus memakainya atas dasar mengikut orang lain? Apakah kerana keluargamu semuanya niqabis?

2. Semak semula hijab anda, pastikan ia labuh! Pashmina atau selendang-2 yang singkat mohon jangan dijadikan ia sebagai hijab utama. Walaupun ia menutup dada namun ia tetap menonjolkan bahagian perut dan bahumu lalu menjadi perhatian kaum adam, sudah wajah tertutup mereka tidak dapat melihat wajah namun mereka terintai-2 badanmu pula.

3. Apakah yang berwarna warni di matamu? Celak seperti burung hantu, adapun yang ala-2 kpop juga banyak.

4. Kebanyakkannya gemar memakai jubbah/abaya berwarna hitam, al-hamdulillah. Namun sebatu jauh sudah dapat dilihat kerlipan serta kilauan batu bata di pakaiannya itu, mula-2 seperti lampu liplap lama-2 macam pokok krismas yang bejalan pula.

5. Memakai niqab dan hijab elakkan daripada memilih kain yang nipis. Pakaian juga sebegitu serta jangan sentuh pakaian yang menampakkan bentuk badan, pilihlah saiz yang bersesuaian. Diakui abaya yang kembang seperti payung itu memang indah apabila ia dipakai malahan sudah menjadi trend pula namun semak semula di bahagian pinggang, rata-2nya akan kelihatan ketat di situ jika berhijab labuh mungkin akan tertutup bentuk-2 sebegitu, tapi yang berhijab singkat pula? Sebaiknya mintalah ia dijahitkan lebih besar di bahagian itu.

6. Warna yang menarik perhatian, mohon dielakkan.

7. Terlalu banyak gambarmu bertaburan di media social, ada yang tertutup ada juga yang terdedah. Tidak ada rasa malukah walaupun sedikit dalam dirimu?

8. Rajin upload gambar sehingga terlepas pandang ada aurat yang terdedah di gambar-2 tersebut.

9. Nafsu untuk memuat naik gambar-2 'solehah' anda itu juga perlu dikawal, jika ia berlebihan bimbang niat tercemar. Adapun yang bermake up matanya untuk mengambil gambar, lantas ke media social juga tempatnya, adapun yang menggunakan kata-2 yang Islamic dicaptionkan lalu memuat naikkan ia juga bertaburan.

10. Atas tiket dakwah, gambar tersebut dimuat naik, lalu mengundang pujian sebegini 'calon isteri solehah, 'cantiknya', ' wanita solehah', bla, bla, bla. Semakin dipuji, semakin rancak ia memuat naik gambar-2 ala2 'solehah'nya itu. Apa yang dicari LIKES, COMMENTS dan SHARE. Bila ditegur katanya, kita tak mampu menghalang orang untuk like, komen, share. Dakwah lagikah itu?

11. Sudah tertutup, snap gambar dekat-2 sampai nampak biji mata, tambah-2 memakai celak, lagi bertambah pujian, macam biasa caption ala-2 dakwah, lalu gambar tersebut ditag kepada friends yang lain, tak cukup itu gambar pula dipublic kan lagi. Ada yang menegur di bahagian comment seperti biasa comment tersebut pasti didelete. Apa motif semua ini? Kecantikan kamukah yang ingin ditonjolkan? Jika kecantikan yang ingin ditonjolkan, mengapa pilih untuk berniqab? Sesungguhnya ini adalah perkara yang menghampiri fitnah.

12. Hentikan diri daripada mewujudkan status-2 yang berbaur provokasi dan fitnah!

13. Ada pula yang memuat naik gambar teman lelaki, kawan lelaki, tunang dll, bila orang berkata buruk tentang dirinya mulalah nak marah-2 sedangkan dirinya pencetus provokasi tersebut.

14. Jika sudah bernikah sila umumkan ia, supaya diri anda bersih daripada gossip-2.

15. Adapun yang memuat naik gambar bersama wali sendiri, dengan bercaptionkan 'saya halal menyentuh dia', 'dia peneman di kala suka dan duka', dll ia dimuat naik. Untuk apa itu? Apa salahnya jika mengata itu walimu? Susahkah? Bila fitnah dating mulalah nak tension-2.. Herrrrrr

16. Opss! Selalu-2lah prihatin akan sanggulmu itu agak tidak seperti benjolan unta unta unta

17. Sila tambahkan ilmu, jangan hanya tahu menilai itu ini.

18. Jangan didik dirimu untuk berkata bohong walaupun di media social sekalipun, ingat setiap perkara ia dikira Allah.

Semoga niqabmu bernilai GHUROBA

:: Inilah yang ana lihat di dunia internet, yang di alam realiti lagi banyak, cukuplah setakat ini post ana, lagi panjang lagi bertambah sakit hati insan yang melakukan perkara seperti di atas. Terasakah anda? Al-hamdulillah itu maksudnya masih ada iman. Tegur tanda sayang, sedih sekali melihat akhlak para niqabis sekarang. Mohon maaf. Ana bukan alim berilmu tapi saya tegur tanda prihatin, nak menentang post ini pun tidak mengapa yang penting tugas ana sudah selesai menyampaikan nasihat ini 

Thanks for reading,Comment ^^

 
Template Edited By Nur Afiqah ♥ All Rights Reserved ©