Rabu, 19 Ogos 2015

Setelah Sekian Lama Menyepi

Views
Assalamualaikum.
Apa khabar sahabat semua ? Sihat ?
Macam mana iman dan amal ? Okay ?

Lamanya lahai tak update blog.
Kalau bukan sebab kawan baik Fiqah pi tagging blog nie, dah lupa terus apa kewujudan blog ni. Hee.

Tangan pun dah keras dah. Menaip pun dah tak selaju dulu. Allah tarik sikit nikmat tu. >.<
Macam-macam peristiwa yg berlaku sepanjang Fiqah stop berblogging nim.

Antaranya, Fiqah dah habis belajar STAM. Result pun alhamdulillah okay.
Kemudian sambung pengajian kitab (alimah) di Madrasah Penanti, Pulau Pinang setahun.

Dan, seterusnya jodoh datang awal. Kahwin bulan lepas pada 23 Julai 2015 bersamaan 7 Syawal 1436H ( Khamis )  ^_^
Umur 20 tahun dah kahwin. Alhamdulillah target kahwin sebelum umur 22tahun tercapai.


Cinta Ba'da Nikah is Awesome >,<

Dan agak sedih jugak, seminggu sebelum kenduri adik lelaki Fiqah meninggal dunia. Allahu Allah, ujian yg sangat besar utk kami sekeluarga tahun ni.
Meninggal 29 Ramadhan 1436H bersamaan 16 Julai 2015 ( Khamis, jam 7.30PM )
Perginya dalam keadaan mengejut sangat-sangat. Takda sebarang tanda pun. Hmm :(

Baru balik dari keluar Dakwah 40Hari di Mersing, Johor. Dan bakal sambung pengajian Alim di Kubang Bujuk, Terengganu 8tahun pada 1 Ogos 2015 yg lepas.

Tapi, hasrat tak kesampaian. Ajal menjemput arwah dulu. Sekejap je Allah pinjamkan adik dalam hidup kami sekeluarga. Moga arwah tenang di alam sana.

Muhammad Afiq Bin Kasim AlHafiz
18 Tahun
20 Mei 1997 --> 16 Julai 2015 


Gambar terakhir arwah adik. 4 hari sebelum meninggal.

Gambar Holiday Raya Tahun lepas 7 Ogos 2014 di Melaka. 
Tinggal kenangan.

Tahun nie takda istilah raya untuk kami sekeluarga. Ambil masa jugak nak pulihkan semangat. 
Doakan kami sekeluarga kuat dan tabah dgn ujian ini ye semua. Terutama utk mak dan ayah Fiqah. 
Kehilangan yg masih dirasai. Baru sebulan 3hari arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Sekarang orang pakat tanya, lepas kahwin Fiqah buat apa ? Kerja ? Surirumah ? 
So, mai sini nak jawab. 

Sekarang Fiqah buat BISNES ONLINE. 
Bisnes apa ? 
Bisnes Shaklee :)

Nie Bisnes Kad Fiqah.

Nie antara PRODUK SHAKLEE

Shaklee ni ditubuhkan sejak tahun 1956 lagi tau. 
Lama kemain. So, 100% halal produk.

Shaklee nie adalah vitamin no 1 terbaik dunia. Supplement terbaik masa kini. 
Memang famous tau. Sesuai untuk bermacam-macam jenis penyakit. 

Ramai yg dah cuba dan amalkan. Dan alhamdulillah semua dapat POSITIF FEEDBACK. 
Termasuklah Fiqah. So, sahabat semua nak tau tentang Shaklee ni ?

Stay tuned. Tunggu next update keyh *_<

Terima kasih sudi singgah :)
Assalamualaikum.




Thanks for reading,Comment ^^

 
Template Edited By Nur Afiqah ♥ All Rights Reserved ©