Selasa, 21 Oktober 2014

Isu Menonton Wayang

Views
Assalamualaikum :)

Tuan tuan dan puan puan sekalian, 

PAWAGAM atau panggung wayang itu tidak haram.. Paham molek... Sebab kalau haram menonton, maka haram juga kita menonton tv... Masuk panggung juga turut tidak haram kerana kalau haram masuk panggung, haram juga masuk auditorium atau mana mana dewan.. 

--Habis tu haram kat mana ustaz sebab ramai ustaz kata haram??? 

Haram kalau ceritanya lucah... Cerita lucah haram bukan mesti di panggung.. Dimana mana sahaja lah... 

Kemudian bercampur lelaki dan perempuan secara tidak syarie.. Bercampur lelaki dan perempuan bukan mahram dalam gelap pulak tu... Jangan kata di panggung, dalam kereta, dalam rumah, dalam kelas semuanya haram... Bercampur secara tidak syarie, dalam gelap, dan sememangnya pasangan ini selalu menggunakan panggung wayang untuk adegan tambahan dalam gelap.. Di luar takut kena cekup.. 

Maka kalau filem dah ok, syarie... Pergaulan kamu tidak syarie maka tetap haram.. Tgok musabaqah al Quran pon kalau bercampur secara tidak syarie maka tetap haram, bukan haram menonton, tapi haram bercampur secara tidak syarie.. 

---Tapi ustaz......... Saya pergi sorang sorang, saya x join pun maksiat dalam gelap tuu!!!! Haram jugak ke...??? 

Perasaan siapa yg beriman bila menyaksikan maksiat di depan mata tapi boleh berseronok dengan filem yg di tonton tanpa sebarang rasa serabut dalam hati??bukan kah orang beriman bila menyaksikan maksiat di depan mata, perlu ada tiga perkara, cegah dengan tangan,atau mulut atau benci dengan hati... 

--Ehh... Saya dah benci lah ustaz... Nak tegur dgn tangan saya takut bouncer dtg tangkap saya... Atau dengan mulut nnt satu panggung terajang saya... 

Kamu tipu, kalau kamu benci kamu takkan masuk dalam panggung yg penuh dengan maksiat.. Takkan lah kerana obses dengan story kamu mampu menahan benci maksiat didepan mata??? Bermakna minat dengan filem boleh menghilangkan rasa benci dengan maksiat? Kalau kamu benci kamu mesti hilang mood untuk menonton.. Kalau hilang mood., buat apa tgok filem?? Kamu tipu perasaan kamusebenarnya... 

من حام حول الحمى يوشك ان يقع فيهBarang siapa yg berjalan di tepi gaung, telaga, parit, (maaf kalau terjemahan silap) hati hati takut kamu terjatuh di dalamnya.. 

Kata ibnu qayyim... Rahimahullah taala

"من قارب الفتنة بعدت عنه السلامة... ومن الدعى الصبر--يعني عن المعاصى وانه لا يزل في المعصية... Barangsiapa dekat dengan fitnah, maka dia jauh dari keselamatan.. Barangsiapa yg mendakwa dia sedang bersabar dengan maksiat, maka dia sedang berada dalam maksiat.. 

Maka jangan dekati kemaksiatan jika kamu tidak mampu ubah atau menjerumuskan kamu dalam fitnah.. Apabila kamu di kelilingi orang orang penagih dadah, kalau kamu tidak mampu mencegah, kamu mesti lari.. Kalau polis datang sekali dengan kamu naik truck.. 

Saya yakin jika iman seseorang itu tebal, dia tidak redha maksiat berada di depan mata..

--Habis tu, takkan tak boleh tgok filem di panggung ustaz? 

Bukan tak boleh tgok di panggung, tapi tak boleh tgok dalam maksiat... Katanya di Kelantan sudah wujud panggung mesra syarak.. Kalau tak ada, tggulah vcd keluar... Producer filem,yg habis juta juta, filem nya keluar lambat di panggung pon dia tak gila, takkan kamu nak tggu vcd keluar pon sudah sewel??? 

-habis tu dalam bas pon org tutup lampu dan bercouple?? Haram jugak kah naik bas?? 

Bezakan perkara yg mesti(dhoruri) hajiat(hajat) dan aksesori (tahsiniat)... Bas kalau tak naik memang tak sampai destinasi,maka ia keperluan, tapi kalau filem tak tgok kamu jadi sawan keldai kah? Org mabuk dadah, orang xkasi dadah lagi, orang hantar pusat serenti... 

Islam sudah banyak sgt bagi kelonggaran.. Jika nak yg longgar lagi, itu bukan agama.. Agama bukan tali pinggang pasar malam, Nak ketat nak longgar ikut suka.. Wallahua'lam...

Via : Ustaz Hadi Johari


Thanks for reading,Comment ^^

 
Template Edited By Nur Afiqah ♥ All Rights Reserved ©