Khamis, 20 Disember 2012

Astaghfirullah al-Azim @ Maksud ISTIGHFAR

Views
Assalamualaikum sahabat semua.. Berjumpa kita lagi dalam entri terbaru ana bulan nie :) Kali nie ana nak kongsi tentang 'Maksud Istighfar'.. Sedia membaca? Alhamdulillah >.< Moga dapat menambahkan ilmu yang sedia ada.. InsyaAllah..




Astaghfirullah al-Azimtenang jiwa ana mendengarnya...tetapi apakah kita tahu apa maksud disebalik Istighfar tersebut? Mari kita sama-sama menyelami maksud nya ya ^_^


“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).

“Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga akuberistighfar seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim).

"Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur:

 Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi). 


Terjemahan Istighfar: “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, berarti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, bererti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.Justru pembelaan Nabi Muhammad SAW itulah yang memberikan kemenangan padanya, syafa’at besar yang bisa menyelamatkan umat dari siksa Allah SAW. 

Oleh sebab itu, Islam mengajarkan agar dalam permohonan ampunan, juga menyertakan permohonan ampunan untuk sesama umat. Misalnya, Istighfar yang berbunyi:Astaghfurullahal ‘adzim, lii waliwaalidayya, walijami’il huquuqi waajibati ‘alayya, walijami’il muslimin wal-muslimaat wal-mu’minin wal mu’minaat al-ahyaa’I minhum wal-amwaat.(Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, bagiku dan bagi kedua orang tuaku, dan bagi seluruh orang yang menjadi tanggungan kewajibanku, dan bagi umat muslimin dan muslimat, dan kaum mu’minin dan mu’minat).

Astagfirullahal ‘adzim, ampunilah dosa kami ya Allah.. tutupi aib kami…. betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu. Amin!

Sekian saja untuk kali ini...In shaa Allah, aku akan cuba belajar dan mendalami Islam...Kerana Islam itu Indah...

Sampai di sini dulu.. Assalamualaikum :) *Moga bermanfaat ye*

Thanks for reading,Comment ^^

Jumaat, 14 Disember 2012

:: Nikah Khitbah ::

Views
Assalamualaikum semua.. ^_^ 
#Hari nie ana nak kongsi pasal nikah khitbah @ senang cerita nikah gantung.. Ana pun tak berapa tahu sangat.. Ana ambik artikal dari belog  Pemuda Pas : Ustaz Nasruddin Hassan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.


2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawaldan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu merekabertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.


Disediakan Oleh

Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat


Hope korang paham la eh.. Ana sekadar berkongsi :) K setakat itu je dulu.. Jumpa lagi >.< Assalamualaikum..

Thanks for reading,Comment ^^

Rabu, 21 November 2012

4 Subjek Lagi !

Views
Assalamualaikum semua kepada : 
sahabat di blogger
rakan-rakan dari Facebook
dan semua yang sudi mengunjungi Belog Biru yang serba kekurangan nie ^_^
Alhamdulillah,bersyukur sebab masih diberi peluang menaip untuk entri kali nie.. Hhehe.. Ana ada dua tajuk nak kongsi dekat sini dengan rakan2 blogger dan facebook ana.. Yang PERTAMA : Ana tinggal lagi 4 subjek yang belum dijawab.. 6 lagi sudah selamat dijawab dengan baik.. Hanya bertawakal kepada ALLAH je nak keluar result macam mana >_< #Rabbi Yassir Wala Tuassir. In Shaa ALLAH,Aminn..
Yang KEDUA : Doakan kesembuhan ana ye sahabat semua.. Ana eksiden Jumaat lepas,kuasa ALLAH kan.. Bawak la motor hati2 macam mana pun,kalau ALLAH nak bagi  jadi,jadi jugak ^^" #Mungkin ada hikmah kan ALLAH bagi musibah nie.. Husnuzon saje,hee~ Motor agak terok jugak keadaannya.. Dan ana luka bahagian kaki dan tisu ibu jari kaki terkoya.. Doakan ana cepat sembuh ye.. Dugaan betul masa SPM pulak tu ^_^  *In Shaa ALLAH* Setiap sakit yang Allah berikan bermakna Allah nak hapuskan dosa2 kecil kita.. Aminn,mudah mudahan >.<Ana akhirkan ana punya entri kali nie dengan lafaz Assalamualaikum.
P/S : Ya ALLAH,selamatkan umat ISLAM di Gaza.. Amin.. "Khaibar khaibar ya yahud,jaisyu Muhammad saufa ya'ud"

Thanks for reading,Comment ^^

Khamis, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 H

Views
Hai semua,sihat ke? Ana sihat je ^_^ #Disini ana ucapkan Salam Maal Hijrah buat rakan2 blogger semua.. Hope sempena tahun baru nie kita dapat memperbaiki lagi amalan kita berbanding tahun2 sebelum nie. Okey? 



Ana sekarang dalam minggu exam.. Alhamdulillah,4 subjek selamat dah jawab walaupun rasa macam mimpi ngeri je kan.. hOho *Abaikan* Ana tinggal lagi 6 subjek.. Subjek last 6 Disember nie.. Hhuhu,lambat lagi kot. Apa apapun doakan ana ngan semua sahabat yang menduduki SPM jugak k.. Terutamanya,batch 1995.. All The Best.. Bitaufiq Wannajah Fil Imtiham okey.. ^_^ InsyaAllah,Allah bersama kita.. Jangan tension2 tau.. Hehehe.. Jaga kesihatan k kepada yang menduduki exam tu.. Takmau sakit2 tau,nanti terganggu pulak masa nak jawab exam..



Lastly,All the Best for student SPM. And,moga kita dapat menjadi insan yang soleh/solehah menjelang tahun baru nie selagi diberi peluang untuk beribadat di muka bumi Allah nie.. *_* Assalamualaikum semua.

Thanks for reading,Comment ^^

Sabtu, 20 Oktober 2012

Perubahan Sedikit :)

Views
Hai,semua rakan blogging yang dikasihi,disayangi.. Nak buat pengumuman sikit xD Nak tahu tak nie? Nak la nak la.. Eehehe..

ATTENTION ! 
  • Err,tukar la eh kata ganti diri saya kepada ana.. Sedap sikit :D Start hari ni,ana gunakan kata ganti ana.. #Eh eh,dok ulang ayat je.. Asif yah..
  • Psstt,entri entri yang lepas,ana delete semua.. bahasa agak tak  munasarawak munasabah sikit.. Almaklum lah,budak tengah nak membesar kan kan ~ :)) Lepas nie,entri pun semua akan diupdate dengan bijaksana.. Buleh cenggitu? Err,hentam kromo saja lah.. 
  • Ana sekarang sudah berhijrah daripada seorang yang Err "T_T" >> seorang niqabis.. Eh eh,jangan la unfollow ana tau.. Ana takkan harm sesiapa pun.. Alhamdulillah,Allah bagi hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi "kot". #Husnuzon >.<
  • Waa,sekarang SPM lagi 15 hari kot.. Ya Allah,gementar nya ana ! *Rabbi yassir wala tuassir* Doakan ana dan sahabat-sahabat ana ye semua.. #Syukran.. *Bersangka baik ni =)
  • Sekarang agak sibuk dengan Latihan topikal,trial2 negeri lain.. Alhamdulillah,buleh la kot nak jawab :)) Again,doakan ana ye semua..
Hmm,takat ini je dulu ye semua.. Sehingga berjumpa lagi ^_^ Assalamualaikum..

Thanks for reading,Comment ^^

Sabtu, 13 Oktober 2012

Hala Tuju After SPM,Kena Pikir Start Sekarang !

Views
Hai semua ? Sihat ? Saya sihat,Alhamdulillah ^_^ Said,kat area rumah saya hujan sekarang.. Kat tempat korang camna? Cuaca okey? Sekarang musim hujan erh? Kerap benOr hujan nya.. >.< But,it's okey ! Hujan kan adalah rahmat,so kawan kawan jangan mengeluh okey ?! ~_^
Ekceli,tak taO nak hapdet padia :DD *Got any idea ? Takpe,saya hentam kromo kasi rojak siket ini entri ! Ehehe, *Takbetul siket hari nie,toksah layan ! Kalau korang ase nak tekan pangkah kat atas tuhh,tekan je erhh ! xD  
Wanna know ? SPM yakni Sijil Pelajaran Malaysia ! Lagi 22 hari kot +_+ *Nervous* Bahang bahang dia udah terasa,tapi kenapa saya malas study nie ?! Hee~ =,=" #Help me please ! Dah la tahap kepandaian saya sederhana je nie. Kalau tak,hancuss dah result saya nanti ! Adoyaii.. 
#Rabbi yassir wala tuassir..
*Ya Allah,jauhilah aku dari gangguan syaitan syaitan yang menghasut aku agar tidak malas belajar.. Aku bermohon padaMu ya Allah... (Agak poyo tak?) Ahahaha~ 
  • Agak agak korang la kan,korang dah nampak jalan korang lepas SPM nie ke mana? Emm,saya kan.. Target,habiskan SPM then sambung STAM.. Later on, ambik Degree.. Okey tak? Korang punya rancangan pulak? Cer cerita siket :) Sharing is caring rite? Ehehe~
  • Korang pun mesti dah pikir dari awal form 4 atau sebelum tu lagi,target nak kerja apa? Study mana? Kan kan kan? *jangan tak ngaku pulak ! Kita pun sama la.. Tapi,cita2 asyik berubah setiap tahun.. Sengal kan ? Uhuhu~ Fiqa tak nampak lagi,nak ke arah mana >.<
Err,tak tahu nak update apadia lagi lahh~ #Terkial kial perah otak yang disayangi ini tuk hapdet status dekat belog biru fiqa nie ! EHEM ! Setakat ini dulu kot erh korang ^_^ Good Luck dalam apajua exam/keadaan yang korang hadapi *_* 
Btw,Doakan saya dan rakan seperjuangan dalam SPM yang bakal tiba lagi 22 hari okey ?! Jasa anda,amatlah saya hargai dengan ucapan terima kasih ! :PP #Okeylah,Assalamualaikum semua..
P/S : Rajin2 lah komen erh :)

Thanks for reading,Comment ^^

Isnin, 8 Oktober 2012

SPM semakin hampir !!!

Views
Hai semua >.< Apa khabar hari nie? Sihat tak? Saya,Alhamdulillah still sihat lagi :)) Waa,sebulan sekali je hapdet kan kan? Sekarang penyakit 'M' sedang melanda.. Ehheehe. Tambah2 sibuk dengan SPM nya lagi.. =,=" > Takut <
  • Pertama : Result TRIAL yang lepas boleh dikira dengan jari je..Hmm,agak stress tengok pun ! *So,takmau stori kat sini :'( #Saya akan bangkit tanpa berputus asa untuk SPM yang sebenar nanti ! !
  • Kedua : Waaa... SPM lagi 27 hari kot ! *Nervous betul saya. >.< #Rakan-rakan belogger sekalian ! Doakan saya dan rakan seperjuangan eh :)) *TERIMA KASIH*
  • Next : Tahniah kepada rakan sekelas saya yang dapat 9A 1B dalam TRIAL yang lepas.. Jeles teramat dengan beliau,okey ! JELES ! Tapi takpe,rezeki dia kan :)) *Think positively okey.. 
  • Alhamdulillah,adik saya dapat jugak cari tahfiz yang sesuai untuk sambung hafazannya. Even untuk kali yang ketiga. Hope kali ni,kekal till khatam eh :) #Akak tahu,Afiq boleh punya ! Cuma tempat yang sebelum sebelum nie tak kena ngan jiwa Afiq ^_^
Motivasi untuk diri Fiqa sendiri >>

Buat rakan2 yang bakal menduduki SPM sama dengan saya,jom amalkan doa kat bawah nie before masuk dewan peperiksaan :: 

Lastly,nie untuk renungan kita bersama eh,espesially utk budak PMR ::

:: Okey,takat tu dulu entri saya untuk kali nie ^_^ See again in the next entry eh :)) Assalamualaikum ::



Thanks for reading,Comment ^^

Isnin, 17 September 2012

Dah Lama Tak Post Entry ! SPM !

Views

Hai semua,apa khabar? Sihat tak? Lama kan saya tak post entry.. Hurm,masa tak ada lah nak hapdet ! Sibuk dengan trial SPM yang baru je habeh khamis lepas.. 
Alhamdulillah,boleh jawab dengan baik.. Tapi ! Result nye tawakal kepada Allah jela :) Saya tak pandai sangat pun.. Di tahap sederhana jep ^_^ 

Ekceli,tak tahu nak hapdet apa.. Nanti lepas saya dah abeh SPM,saya hapdet banyak banyak ye korang >.<

So,tunggu la yek saya abeh exam ^_^

Saya doakan semua candidate SPM seluruh Malaysia dapat jawab EXAM dengan baik.. InsyaAllah ^_^ Banyakkan ulangkaji dan latihan ye kawan kawan :)


Kat gambar yang tertera kat bawah nie ada sikit kata2.. Renung renungkan ye :D


Ehehe,taktahu nak tuleh apa lagi.. Takat tu jela kot.. Nanti saya hapdet lagi yek ^_~

Mood : Exam Exam Exam ! ! ! Bi Taufiq Wan Najah Fil Imtihan Ya Sodoqi Karim :3

Mcm ni lah nanti dewan exam ! Ehehe~

K,All The Best semua.. takmo serabut serabut tau.. K,Assalamualaikum :)





Thanks for reading,Comment ^^

Isnin, 30 Julai 2012

Lusa bulan OGOS !!!!

Views

Hai semua rakan rakan 'belogger' yang disayangi.. Apa khabar semua,sihat ? Hope semua sihat aje lah yek >< . Wahh,dah sepuluh ramadhan kan? Sekejap je masa berlalu ^^ Btw, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN eh. Maaf lah terlambat,eden sibOk benOr sekarang.. Kejap masalah tuh timbul,masalah nie.. Haih pOning kot = =" ~ 

Eh eh,tajok entry nie lain en ? Lupa plak,terlari dari tajuk.. Huahua ~_~ # Ada apa eh ngan lusa? Haa,for you all information,16 OGOS nie birthday saya.. Tuh yang tak sabar menunggu tuh, dah rancang macam macam  lepas umur dah genap 17 tahun nie ! Antaranya :

* Lesen kereta - wajib ambik nie !
* Cari kerja yang agak sesuai lepas SPM nie ! #Ececehh,gaya macam SPM dah habeh kan ?! ^_~
* PLKN alhamdulillah tak dapat,sangat sangat bersyukur >.<

Takat tu je dulu planning saya :)) Tak banyak pun sebenarnya,TEHEE :D # Doakan saya eh untuk trial SPM lepas raya nie ! Pra-TRIAL minggu depan InsyaAllah =)

K tata korang, Assalamualaikum semua >.<


Thanks for reading,Comment ^^

Ahad, 15 Julai 2012

Insaf >< !

Views
Hai semua.. waa,tangan saya sekarang memang susah kot nak menaip lama lama..tatau kenapa ?! >..< Sihat ke semua? Saya agak sibuk siket la sekarang ^^ #Sorry ye blogger sekalian.. SPM nak dekat,kalut habeh ! Ehehe~

INSAF ?!

*Haa,saya dah sedaQ diri kot nak SPM dah>< .. Kena study betul betul, baru baru nie ada hari interaksi aka  komunikasi.. Semua pakat gerun habeh la bagi sesapa yang result dia tak memberangsang kan ! okey,tak memberangsangkan ! Ingat tu..Hahahaha~ Saya pun sama la.. Haihh,apa nak jadi pun tatau la.. = ="

*Kawan saya yang sorang nie,mak dia pakat pi jumpak habeh la cikgu yang anak dia fail subjek tuh ! Fuhh, selamat ayah saya kata tak bleh mai ! :)))) Kalau tak,takut jadi macam kawan saya nie becoz mak dia ngan ayah saya nie cikgu.. Mestilah banyak benda nak cakap kan kan ? Lega betul ! Tapi lega sekejap je la.. Sebab kawan saya cakap banyak jugak la kat kitorang pasal apa yang membuat kan kitorang gagal,result tak memberangsangkan n macam macam lagi la lepas dia jumap cikgu2 tuh.. Okey,part tuh memang ase nak nanges pun ade ! Hhuhu >< 

*And nak berubah ! Berubah tuk kebaikan diri sendiri jugak kan? Hurm ^_^  #Tekadkan dalam hati ye Nur Afiqah ! No talking2,no sleeping overtime,no others la that can make me fail in SPM !!! Bak kata cikgu2 :: SPM = Sijil Sampai Mati kot ! Yela,mana tak nya kan, nak mintak kerja : SPM jugak nak tengok.. Masuk Universiti,sama la jugak.. Makna kata,SPM tu penting lah.. Tak ambik,memang rugi yang amat.. Okey semua ?! ^^ *tazkirah sikit.. Untuk saya sekali,kasi klorok siket pagi2 nie kan.. Hhee~ 

Okey lah,termerepek melebih-lebih pulak.. Hhhaha,maaf yaa semua >< Tak suka,jangan baca dah tau.. Sekadar perkongsian :) K,assalamualaikum 

Thanks for reading,Comment ^^

Khamis, 31 Mei 2012

Setelah Sekian Lama >< "

Views
Assalamualaikum,hai semua.. Waa,dah berkurun kan fiqa tak hapdet ! TEHEE~ buzy siket sebelum – sebelum nie.. Tambah pulak,idea nak hapdett tader.. Tu yang sunyi je,dah bersawang gila belog fiqa ! ><  Eh Eh,nak Tanya.. Rindu kat belog nie tak? Almaklumlah,lama tak berENTRI ^_^ #Ecece,rindu lettew..
Fiqa rindu gila kat belog nie! Taper2,lepas nie fiqa akan kembali aktif berBELOGING~ Tunggu yah semua ! Eh,korang semua mesti tau kan.. Sebelum-sebelum nie semua pelajar ada mid year exam.. Amacam,okey tak ? Kalo fiqa sendiri,fuhhh~ Hancuss lah suku kot! L Huhuhu~ Tatau lah result nanti,tawakal tu a’lallah je la.. Hope korang punya okey lah.. Waduhh,udah fiqa ler SPM tahun nie.. Apa nak jadi pun tatau lah~ >.<
Eh,kita as student, tengah HOLIDAY right? Korang pergi jalan mana je cuti nie? Fiqa sekarang tengah kerja (cari duit before pergi bercuti,Hhehe)~ Tak pergi holiday mana-mana pun lagi.. Minggu depan nak pi Terengganu n banyak tempat lagi.. Yeahhh !! >< *teruja habeh la kan,because dah lama kot tak jejalan kot sana~ Whoa,jangan jeles okeyh! Hikhikhik~
Eh,panjang pulak entri nye~ fiqa stop takat nie dulu k.. Penat la menaip.. baru balik dari kerja.. Hehe~ K,tata korang.. Assalamualaikum.. Hope enjoy your holiday.. J

Thanks for reading,Comment ^^

Selasa, 17 April 2012

Segmen : Review by Lily

Views
 Hai blogger, reader or facebooker semua.. sihat ke nie? *prihatin tau.. huhu.. okey,takmau cita panjang2.. fiqa straight to the point saja lah yea.. hari disebabkan fiqa diTag oleh bestie fiqa.. So,join saja lah kan kan? Hehe.. Btw,syarat dia pun senang saja.. 
Ni banner dia :

Cute kan? Hehe.. Nak join ke? Haa,silakan-2.. Klik sini n sini !!  Dah sudah? Thanks yek sudi singgah & baca entry nie... I'll appreciate it okey ! K,tu je la kot.. T fiqa hapdett lagi yek.. K,tata.. Assalamualaikum semua >.<

Thanks for reading,Comment ^^

Khamis, 5 April 2012

Segmen : Bloglist Blog Rilek-Rilek April 2012

Views
Hai semua.. dah bangun ke belom nie? Haa,mesti still berdengkur lagi masa ni kan kan.. fiqa dah bangun dari pukul 4 tadi lagi.. semalam tido awal... Huhu.. tetibe teringin nak join segmen nie pulok.. Bukak belog bestie fiqa tadi.. nampak dia join.. >.< okey,tanak citer panjang-panjang.. Syarat2 dia pun senang aje.. Nak tengok? Haa,join sini cepat !!! Dah ke? Apa tunggu lagi.. jom la join.. Huhu.. Fiqa pun dah join nie..


nie dia banner nya.. So,dah siap.. korang pulak? Hehe.. Di sini fiqa tag 3 orang rakan blogger.. Hope join la sekali yek..


okey,done ! Tiada paksaan okey.. >.<  Takat nie jela ekk.. time to log off.. Daa semua.. Assalamualaikum..


Thanks for reading,Comment ^^

Selasa, 3 April 2012

Kena Pantang ?!

Views
Hoho. Gilak lah aku kalau yang nie ~

Hai semua.. Waa,dah lama fiqa menyepi kan.. # Entah kome pun tak perasan.. :)) Tuptup dah bulan April kan sekarang.. Kejap je masa berlalu.. SPM pun dah nak dekat la kan.. Oh no ! >.< * takut yang amat meyh ~ Okey2,back to da the topic, apa korang fikir bila tengok gambar di atas nun? Fiqa berpantang? Eh,bila masa pul0k le Fiqa mengandung nya.. Kahwin pun id0k lagi.. Apa daa.. Saja buat gempak sikett.. Muehehe.. Sekali sekala,dua kali berjela-jela.. Hikhikhik.. *rekaan semata-mata okey.. 

Kena Pantang ?!

Nak makan lagi.. Lapar yang amat nie ?!!!

Haha, fiqa kena pantang tak boleh makan makanan lautan loh.. Alahan la pulak.. Hukhukhuk.. Kaki yang sakit,kesan abih kat semua.. Takpelah,ade la hikmah disebalik semua nie kan.. :)) *terima dengan hati yang terbuka * #Ceh,ayat tak boleh blah kan.. Haha,abaikan okey.. Itu jela fiqa nak kongsi ngan kome.. Doakan fiqa moga cepat baik yek.. Aminn~ Tak payah pantang dah makan nanti.. #Facts,fiqa kuat makan okey.. No diet-diet nie.. Hehe.. Kenyataan.. >.< # Bukan nak berlagak , bangga ke hapa.. Saja nak berterus terang ngan kome ^_^ Okey,dah melalut pulak.. Fiqa coretkan takat nie dulu la yek.. K,tata.. Assalamualaikum..






Thanks for reading,Comment ^^

Sabtu, 24 Mac 2012

Alhamdulillah, Ya Allah ~

Views
hai semua.. sihat ke? haa,mesti ramai yang tengah sedap tid0 nie.. almaklumlah,waktu waktu macam nie memang time dia pun ~ Huhu .. btw, fiqa baru jep bangun dari tid0 jugak .. Haha~ mengantuk sihh.. fiqa baru habis blogwalking tadi... then terus mau hapdett.. baru la ada feel gituhh ~ Muahaha.. fiqa sekarang jarang kan hapdett.. #facts.. bukan malas ke hapa,just tadak idea je nak hapdet apa dia.. muehehe.. so,keja fiqa sekarang banyak follow,blogwalking n join segmen for the first time.. Huhu.. tu jelah keja nye.. dengan sibok kat sekolah lagi.. memang tak sempat lah~ *okey,sekarang fiqa nak cita tujuan fiqa buat entry tok hari nie~ 

Alhamdulillah, Ya Allah ~

fiqa bersyukur sangat ! nak tau kenapa? haa,tahun lepas kan fiqa form 4... so,kena ambik THANAWI.. ada yang panggil SMRA,tapi perak - THANAWI.. so,semalam baru tau result.. nak tau fiqa dapat apa? hurm,tak payah lah kot >.< # just tau fiqa lulus je k.. Huhu.. okey,nak tau keseluruhan keputusan kat sekolah fiqa? scroll ke bawah nie k.. kalau tak rajin,tak payah ikot ea.. Hikhikhik~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
STRAIGHT MUMTAZ :: 1 orang
MUMTAZ :: 8 orang
JAYYID JIDDAN :: 27 orang
JAYYID :: 16 orang
keseluruhan : 52 orang semua nya~

haa,tu je lah.. sekolah fiqa semua perempuan,so tak ramai la calon nye.. Huhu ~ tapi alhamdulillah,meningkat dari tahun sebelum2 nieh.. tu, yang seronok ! okey,kalau i'dadi pulak, nak tau jugak ke? haa ! ada je nie.. tapi fiqa tau yang mumtaz je lah ea.. nak tau jugak ? okey,ada je kat bawah nie :
.
.
.
.
.
.
.
STRAIGHT MUMTAZ :: 16 orang
MUMTAZ :: 19 orang
keseluruhan deme : 90 orang,tu yang fiqa tak ingat.. hikhikhik

okey tu je la... t fiqa hapdett lagi yek ! #petang nie nak kua ngan kawan kawan,kalau tak hujan lah.. insyaAllah~ k,lah.. takat nie je dulu.. Assalamualaikum,semua..

Thanks for reading,Comment ^^

Ahad, 18 Mac 2012

7 Ayat Cinta

Views
Hai korang,apa khabar hari ni? sihat ke? Rindu la pulak kat kawan2 fiqa yang mengenali fiqa di mana jua anda berada especially budak BANAT.. Huhu.. Sok dah mula sekolah kan? Pffft, rasa macam cuti sekejap sangat pun ada.. Hailohh, tak puas nya cuti kan? betul tak nie? fiqa yakin 200% korang tak setuju ! Haha.. okey,tanak merepek banyak-banyak.. ~7 AYAT CINTA~  Haa,korang asa apa? i love you ? i miss you? ke i cinta you? whatever je lah.. takde kena mengena pun okey.. nie berkenaan ayat/perbuatan yang dimuliakan Allah & para malaikat.. Besar tau pahala dia.. nak tau apa dia? scroll ke bawah okey..

.
.
.
.
.
.

‎~7 AYAT CINTA~
Sabda Rasulullah s.a.w. "barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan Allah & malaikat. Dan diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan. "
1. Bismillahirrahmanirrahim : disetiap kali hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah : setiap kali habis melakukan sesuatu.
3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. InsyaAllah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquawwataillahbillah : bila tak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillahiwainnailaihirajiun : jika mengahdapi musibah/melihat kematian.
7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang&malam / amalkan setiap kali selesai solat.

*sebanyak-banyak nya amalkanlah selalu moga2 kita tergolong dikalangan orang2 yang terpilih oleh Allah untuk ke FIRDAUSI nya. InsyaAllah~

okey takat tu je la fiqa nak kongsi ngan kome semua.. hik3 K,assalamualaikum..
p/s : amalkan lah sentiasa okey.. semoga Allah sentiasa merahmati kita.. InsyaAllah >.<

Thanks for reading,Comment ^^

Sabtu, 17 Mac 2012

3 pilihan~ mana satu nie?

Views
hai korang.. tengah buat apa? haa,usha belog beloh erh? belog fiqa sekali lah kan..hik3.. kalau tak takde la korang baca entry nieh.. *dah garpu tanya lagi,dah tau tanya lagi?!* muahaaha,peribahasa yang melingkup kan bahasa.. jangan tiru okey..

3 pilihan~ mana satu nie?

apa lah yang fiqa maksudkan nie kan.. p0ning eden tau tak? h0ho.. nie hah,fiqa ada buat tiga header.. taktau mana satu yang okey.. korang bagi suggest bleh? hehe,kalau tak keberatan la kan.. tak memaksa... so,sapa yang sudi komen lah yea.. ^_^

1. okey ke? simple je kan.. huhu


2. ha,yang nieh ada lah fiqa tambah siket.. so amacam,ok?
yang no 3 kan.. header fiqa yang sekarang nie.. so,yang mana satu korang rasa okey erh? kerjasama anda amat dihargai okeyh ! ! tata..

 



Thanks for reading,Comment ^^

Segmen 3 : menambah followers di blog ^_^

Views
hai semua.. sihat? fiqa sihat je.. btw,tanak merepek2 fiqa terus straight to the point.. hari entah angin takde ribut takde tetibe nak join segmen nieh..huhu first time kot.. muahaha, agaknya fiqa terhantuk mana2 kot pagi tadi.. hik3 okey lah,stop.. jom korang join segmen nieh.. senang je syarat2 dia.. nak tau? klik sini

so,fiqa dah join.. korang tunggu apa lgi? senang je syarat2 die..
okeylah,tu je pon tok entry kali nie..tata semua.. assalamualaikum..

Thanks for reading,Comment ^^

Khamis, 15 Mac 2012

Thanks Adikku !

Views
hai semua.. sihat ke? cuti sekolah nie korang buat apa je? haa,ade kelas tambahan? aloh,kesian nye. Hikhik >.< sekolah fiqa tak mula lagi kelas tambahan.. *tuh yang seronok sakan* Homework menimbun? #same la kite. Btw, ade yang h0liday ngan parents/family tak? pegi mana? fiqa tak pegi mana mana pun lagi.. *padan muka kan* maybe s0k pegi penang tengok adik yang sorang tuh tak bleh balik..sian die, h0pe jadi la gih esok. 'amin' #wink wink~

Thanks Adikku !

meaning what? ha,mesti lah korang tatau kan..Haha. fiqa nak cita lah nie why fiqa say thanks t0 my own brother.. o.O 
cerita dia macam nie,malam tadi adik plus ayah fiqa balik lambat pergi ceramah. So, habis tuh ayah fiqa tanya dia nak makan apa. Nak order. Then,dia order nasi goreng kampung. Dia cakap,order kat kakak sekali. Dia mesti tak makan lagi. Aicewaahh. Terharu fiqa. >,< Because what,dia nie tak la friendly sangat dalam family,perangai pun fiqa tak paham sangat kejap okey kejap hangin je. Apa korang ingat perempuan je pandai hangin hangin nie.. Laki pun pandai tawuk tahu.. Hahahahha. TAPI something bad happen,fiqa masa tuh dah tid0.. around 10.30p.m. macam tuh kot. *awal kot fiqa tid0* Dia ketuk pintu panggil,ingat kan apa lah. rupanya panggil makan. fiqa pi sembur dia kata dah makan dah,asal tak bagitau awal kata nak beli. *dalam hati dok aim ayah la beli* then,dia kata ermm takpelah. terus turun.. rase bersalah pun ada,tapi mengantuk punya pasal.. tak pikir apa dah.. Muahaha~ Pagi tadi, mak n ayah fiqa la citer balik.. Allah,kesian kat dia.. terus panaskan balik nasi tuh,then makan.. :)) satgi baru nak cakap terima kasih kat sebab teringat jugak ler kat kakak dia yang sorang nieh kan.. Hikhik~ Btw,thanks bro. i'll appreciate it.. >.<

itu jelah yang fiqa nak cerita tuk entry fiqa kali nie.. Nanti ade cerita yang best best lagi fiqa hapdett ye korang.. thanks singgah.. #hamboi,murah sungguh fiqa 'ngan terima kasih' tuk entry kali nie ! Haha well,orang tengah terharu kot :D 
okey la kome,fiqa undur diri dulu erh.. k,assalamualaikum..

p/s : semoga happy la yek ngan cuti nie.. btw cuti , cuti jugak. Homework jangan lupa yea.. Huhu..


Thanks for reading,Comment ^^

Isnin, 30 Januari 2012

ilmu :: Mengapa Rasulullah Melarang Minum Sambil Berdiri

Views


Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan 
keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku 
perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).

Thanks for reading,Comment ^^

 
Template Edited By Nur Afiqah ♥ All Rights Reserved ©